Kelas Penjagaan Kulit Bersama Mary Kay
1 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 29/2/2020 telah diadakan Kelas Penjagaan Kulit bersama Mary Kay dengan kerjasama pemilik Homestay Rabak Dahlia, Krokong. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan para peserta untuk berjinak-jinak dalam usahawan.
Kelas Mary Kay bersama Puan Yvonne dan staff Mary Kay yang lain merupakan Independent Senior Sales Director ini sangat bermanfaat kerana beliau turut membuat perkongsian cara menjalankan urus niaga dan pengalaman mereka dalam kerjaya Mary Kay. Turut diselitkan adalah kempen advokasi ''Check your Label'' dan pengenalan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital . Kelas ini melibatkan Pusat Ekonomi Digital Kg Bogag, Pusat Ekonomi Digital Skio, Pusat Ekonomi Digital Krokong dan Pusat Ekonomi Digital TJ Bowang Singai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: